Profile
Extras
Journal
|
Welcome,
to my life...
Hi peeps. Welcome to another mainstream personal blog with mainstream random post :)
|
Friendship
is a single soul dwelling in two bodies..
Ssup. Name given Nik Muhammad Hanis. 18y/o. I do play both drum and virtual drum.
Studying Diploma in Art and Design (Graphic & Digital Media) at UiTM Alor Gajah, Melaka.
Thanks for visiting my simple blog :)
|
Pieces of Junk!
is always a junk
friends :one two three four five one two three four five bygones : PMR 2011, Baskin Robbins :), credits : layout + banners : cucumblr inspiration : ohvenuss + toomunch images : weheartit |
Masalah 'mood' jejas penilaian tindakan
Monday, 26 December 2011
GANGGUAN jiwa atau disorder boleh dialami sesiapa saja tidak mengira jantina mahupun usia tetapi lebih mudah menyerang mereka yang sering berfikiran negatif. Dibahagikan kepada dua iaitu depresi (kemurungan) dan bipolar (gangguan dwikutub), ia lebih kepada masalah mood.Depresi menyebabkan seseorang lebih suka menyendiri, tidak boleh bekerja dan menangis. Bipolar pula mengakibatkan perubahan mood yang luar biasa sama ada terlalu gembira atau terlalu sedih. Mereka yang mengalami mania atau terlalu gembira, merubah personaliti seseorang menjadikan dia gembira sepanjang hari hingga mengganggu orang di sekelilingnya. Dia mudah ketawa walaupun tiada perkara lucu. Dia mempunyai banyak tenaga, tidak tidur dan ingin mencapai pelbagai perkara yang diingini serta mempunyai keyakinan diri terlalu tinggi. Seseorang itu juga boleh mengalami psikosis mania iaitu berasakan dirinya besar dan hebat. Dia mengaku dirinya orang besar, terkenal, hebat atau berkepentingan. Mereka yang mengalami situasi ini akan berkelakuan seperti individu yang mereka impikan. Jika dia berangan mahu menjadi Aaron Aziz, dia akan berlagak seperti Aaron Aziz. Begitu juga jika dia berasakan dirinya seorang anggota raja mahupun seorang anggota tentera yang berpangkat tinggi. Depresi pula hanya membabitkan perasaan tetapi jika berlarutan, seseorang itu mungkin mendengar suara ghaib serta berasakan dirinya tidak berguna. Depresi berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam otak iaitu serotonin dan noradrenaline. Perunding psikiatri Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh berkata kecelaruan fikiran sama ada depresi mahupun bipolar boleh mendorong seseorang bertindak di luar kawalan sama ada mahu membunuh diri, cepat marah dan jika bergaduh, mungkin akan mengamuk, memukul atau membunuh. Katanya, ramai penduduk Malaysia menghadapi masalah kemurungan. Kajian pada 1980 mendapati lapan daripada 100 orang mengalami masalah ini dan kini jumlahnya bertambah tiga kali ganda. Kemurungan akan menjejaskan emosi, kerja dan hubungan dengan orang di sekeliling. Bagi sebilangan individu, kemurungan boleh diatasi menerusi kaunseling. Bagaimanapun ada juga individu yang tidak boleh tidur, sentiasa risau dan mengakui bimbang tidak mampu mengawal diri apabila mengalami kemurungan. Individu terbabit akan diberikan ubat anti-kemurungan, ubat tidur atau anti-psikotik. Untuk menghindar keresahan atau gangguan jiwa, cari hobi yang bersesuaian jiwa dan warnai kehidupan dengan perkara yang menggembirakan dan melegakan perasaan seperti bereksiasi bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Elak daripada mengambil jalan yang merosakkan, misalnya mengajak minum arak, dadah ataupun seks bebas kerana situasi akan menjadi lebih rumit serta menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Akhir kata, usah memendam segala masalah yang dihadapi sehingga membebankan fikiran, sebaliknya luahkan supaya perasaan lega. *Dipetik dan diubahsuai daripada akhbar Metro - Ahad, 25 Disember 2011 :) Labels: tekanan stress gangguan jiwa mood negatif akhbar metro |
